Saat jatuh saat sedih saat kecewa. Jari sendiri yg mengesat air mata. Hati yg memujuk sendiri. Tiada siapa bantu. Aku percaya. Kekuatanku bermula daripadaNYA. Ya Allah,sesungguhnya hanya KAU yg mengetahui isi hati ini. Hanya KAU mengetahui luka hati ini bagaimana dalamnya. Ya Allah, dikala dia sedang bergembira dgn kekawannya. Aku dibelenggu kesedihan. Kenapa Ya Allah? Kenapa aku tak mampu lupakan dia? Ya Allah, bantulaa aku. Sesungguhnya aku sudah tidak sanggup Ya Allah. Setiap kali aku terpandang si dia, aku merasa sesuatu yg aneh. Aku berasa takut untuk memandang dia. Setiap kali itu juga aku berasa berdebar-debar. Kenapa Ya Allah? Kenapa? Ku mohon padamu. Lenyapkan laa perasaan itu. Lenyapkan laa ketakutan itu. Teramat sakit Ya Allah. Kenapa aku tak sekuat kawan-kawan aku. Ya Allah, bagaimana kekerasan hati aku mampu cair dgnnya? Ya Allah, bantulaa aku pelihara hati ini. Sedaya upaya aku akan cuba bangun semula untuk terus tersenyum. Amin
Monday, 31 March 2014
Saturday, 29 March 2014
Air mata teman sejatiku
Menangis adalah terapi yg berkesan untuk mnghilangkan kesedihan. Dengan menangis mampu mmbuat kita berasa lega. Tangisan? Bagi aku air mata adalah teman sejatiku yg menemaniku setiap hari tidak kira masa dan tempat. Aku cuma khalifah dimuka bumi ini. Apa yg terjadi pada perjalanan hidupku telah tercatat sejak azali lagi. Tetapi... Aku tertanya-tanya bilakah aku akan mndapat kebahagiaan? Aku sering dilukai. Adakah ini takdirku? Adakah aku cuma boneka yg tidak punya hati dan perasaan? Yang boleh dipermainkan sesuka hati? Ataupun aku yg terlampau bodoh sampaikan sering dilukai? Kau? Kau hadir saat aku keseorangan. Kau hadir mmbawa cinta. Kau berusaha mndapatkan cintaku. Semakin hari semakin cair kekerasan hatiku. Layananmu, caramu telah berjaya mmbuatkan aku tersentuh. Disaat itu hatiku sudah memilihmu untuk mnjaga aku. Aku serahkan hatiku padamu tanpa kamu sedar. Aku layan kamu tidak baik tetapi dalam hatiku telah terpahat nama kau! Alasan aku tidak melayan kau dengan baik? Sebb aku tidak mahu kau tahu yg kau sudah memiliki hatiku. Aku takut apabila kau tahu, kau akan pergi meninggalkanku. Aku takut kau cuma pura pura menyayangiku. Tapi tanggal 19/03 aku mngetahui bahawa kau tidak mampu menerima aku dlm hidup kau. Disaat itu tahukan kau brtapa hancurnya hati aku?!! Ketakutan selama ini yg aku alami ternyata benar. Mungkin itu takdirku sering ditinggalkan. Mungkin Allah mahu aku belajar menilai isi hati seseorang. Sesungguhnya aku terasa seperti orang bodoh kerana menyintai, menyayangi org yg salah. Tetapi aku bersyukur kepada Allah kerana ketemukan aku dgn kau. Kerana pertemuan kita. Kerana perhubungan singkat kita. Aku belajar sesuatu. Jangan terlalu mngharapkan sesuatu. Jangan terlalu percayakan kata-kata seseorang. Ya Allah, berikan laa aku sinar kebahagiaan. Sesungguhnya aku cemburu dgn semua orang disekeliling aku. Mngapa mereka bahagia sedangkan aku tidak? Sampai bila harus aku pancarkan kebahagiaan yg aku terpaksa cipta kan? Sampai bila harus aku menipu org disekeliling aku yg aku bahagia? Ya Allah, ampunilaa dosa hambamu ini. Sebagai hambamu yg kerdil, aku ikhlas menjalani perjalanan hidupku yg telah engkau tetapkan. Assalammualaikum.