Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Biasanya sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu dan sel-sel tidak matang dan berpecah secara berterusan dan ia adalah sebahagian dari kumpulan penyakit yang dipanggil Hematological Neoplasm . Perkataan Leukemia bererti darah putih, ianya diambil sempena nama penyakit, jumlah sel darah putih yang tinggi pada pesakit Leukemia sebelum rawatan. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel tidak normal dan tidak dapat berfungsi mengawal jangkitan dalam badan. Semasa penyakit ini terjadi ,ianya akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.
Leukemia biasanya berlaku di kalangan orang dewasa yang berusia melebihi 55 tahun. Ia juga boleh berlaku di kalangan remaja.Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.
Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.
Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.
TANDA-TANDANYA ?
♥ Pucat,letih dah sukar bernafas malah sering sesak dada
♥ Lemah dan letih lesu
♥ Kurang selera makan dan kurang berat badan
♥ Bengkak dan gusi berdarah
♥Sakit kepala
♥ Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa
♥ Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan
♥ Sakit sendi
3 jenis rawatan yang biasa digunakan:
♥ Kemoterapi
♥ Terapi radiasi
♥ Kombinasi pemindahan sel stem (dalam AML dan risiko tinggi ALL atau berulang semula- ALL) Kemoterapi
* Terapi Induksi : Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya untuk membunuh sel Leukemia di dalam darah dan sum-sum tulang. Ini akan mengurangkan kesakitan
* Terapi Konsolidasi / pengukuhan : Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam tahap penyembuhan. Tujuan terapi ini untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin tidak berapa aktif tetapi boleh merebak semula.
* Terapi yang berterusan (maintenance theraphy): fasa ke 3 rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin hidup dan menyebabkan penyakit berulang semula. Biasanya rawatan barah diberi dalam dos yang rendah daripada dos untuk induksi dan Terapi Konsolidasi / pengukuhan
* Terapi Konsolidasi / pengukuhan : Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam tahap penyembuhan. Tujuan terapi ini untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin tidak berapa aktif tetapi boleh merebak semula.
* Terapi yang berterusan (maintenance theraphy): fasa ke 3 rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin hidup dan menyebabkan penyakit berulang semula. Biasanya rawatan barah diberi dalam dos yang rendah daripada dos untuk induksi dan Terapi Konsolidasi / pengukuhan
Leukimia atau barah darah dirawat mengikut tahap penyakit ketika dikesan, jika masih pada peringkat awal peluang untuk sembuh lebih tinggi . Di peringkat awal, pesakit akan mengalami demam secara berulang dalam tempoh yang panjang, kulit bertukar pucat dan sakit di bahagian sendi manakala dalam sesetengah kes, bahagian abdomen pesakit menjadi besar kerana hati dan limpa membengkak..
No comments:
Post a Comment