1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama batu kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta. percaya laa :)
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata. Tidak semestinya perlu ungkapkan dgn bicara.
4. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Terpulang pada hati masing-masing. Selagi dihati masih ada rasa sayng/cinta, kejar laa si dia.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan. Sakit apabila kita berkawan dgn ex kita.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran. Allah mencipta setiap orang satu sahaja hati kan? Itu kerana Allah mahu kita berusaha mencari sekeping hati untuk disempurnakan menjadi dua.
10. Cinta ibarat burung, biar laa dia terbang bersama kita atas kerelaannya.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
13. Cinta berlandaskan rupa paras tidak akan kekal, percaya laa. Cintai laa dia kerna hatinya.
14. Renungkan laa, walaupun sentiasa berperang tetapi sikap dn kerenahnya kadang-kadang membuatkan kita rindu padanya. Percaya laa, dalam hatimu masih ada cinta padanya, kamu tidak mahu katakan kerna keegoanmu.
No comments:
Post a Comment